Lima maut kes denggi dalam 7 hari

>> Monday, June 21, 2010

2010/06/17

891 kejadian dilapor tempoh sama

KUALA LUMPUR: Lima kematian akibat demam denggi dilaporkan dalam tempoh tujuh hari bermula 6 Jun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata, tiga kematian berlaku di Selangor dan masing-masing satu kes di Perak dan Sarawak.

“Empat daripada lima kematian ini berlaku di kawasan wabak denggi dan di kawasan yang tidak bersih serta mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi iaitu antara empat hingga 18 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Beliau berkata, dalam tempoh itu juga 891 kes dilaporkan, iaitu peningkatan 77 kes berbanding minggu sebelumnya, menjadikan jumlah terkumpul sehingga kini ialah 21,309 kes berbanding 23,056 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Walaupun bilangan kes menurun sebanyak lapan peratus pada tahun ini, bilangan kematian meningkat 21 peratus daripada 57 kematian tahun lalu kepada 69 kematian dalam tempoh yang sama tahun ini,” katanya.

Dr Mohd Ismail berkata, sepanjang minggu lalu, ada 22 kawasan berisiko tinggi yang masih aktif berbanding 24 lokaliti berisiko tinggi pada minggu sebelumnya, membabitkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Daripada jumlah itu, 11 kawasan masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi dan hanya empat daripada 22 lokaliti berisiko tinggi melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan itu.

Sementara itu, bagi tempoh yang sama, lima kes penyakit chikungunya dilaporkan iaitu tiga di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor dan Sabah.

Jumlah terkumpul kes chikungunya ialah 566 kes berbanding 2,687 kes, penurunan sebanyak 2,121 kes atau 79 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun 2009, katanya. – BERNAMA

Read more...

36 penyakit dilindungi dana KWSP

2010/06/15
Pengeluaran Kesihatan penyakit kritikal baru kuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah jumlah penyakit kritikal yang boleh dikeluarkan di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, jumlah penyakit kritikal yang baru berkuat kuasa hari ini. “Selain daripada 36 penyakit kritikal ini, ahli juga boleh membuat pengeluaran bagi merawat ahli keluarga berumur di bawah 16 tahun untuk tiga lagi penyakit kritikal iaitu lelah yang teruk, leukemia dan kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azlan berkata, bagi pengeluaran kesihatan ahli dibenar mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 bagi membiayai kos rawatan penyakit kritikal untuk diri mereka dan ahli keluarga.

“Ahli keluarga di bawah pengeluaran ini termasuk pasangan suami isteri, anak, anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi perundangan, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang sah dari segi perundangan dan adik-beradik.

“Namun ahli tidak layak untuk memohon pengeluaran ini sekiranya penyakit yang dihidapi mereka tidak dinyatakan dalam senarai penyakit kritikal KWSP atau kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan ahli atau majikan ahli keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata, semua pengeluaran tertakluk kepada kesahihan laporan kesihatan, bil dan resit yang tidak melebihi tempoh satu tahun dari tarikh permohonan pengeluaran dibuat di atas nama pesakit atau pemohon.

Read more...

Dua bayi perlu bantuan

2010/06/21
Sumbangan keseluruhan RM80,000 rawat jantung berlubang

GEORGETOWN: Dua bayi masing-masing berusia 20 hari dan tujuh bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini.

Nur Batrisyia Qistina Zamri, 20 hari, memerlukan bantuan kewangan berjumlah RM50,000 untuk menjalani pembedahan segera bagi memulihkan saluran jantung dan membolehkannya bernafas dengan lancar.

Bapanya, Zamri Zaharo, 30, yang bekerja sebagai juruteknik dengan pendapatan RM1,600 dan ibunya, Norhidayah Othman, 30, seorang suri rumah tidak mampu untuk menampung kos pembedahan itu.
Norhidayah ketika ditemui baru-baru ini, berkata mereka tidak mampu menampung kos pembedahan yang tinggi selepas membelanjakan hampir RM6,000 untuk kos bersalin baru-baru ini.

“Anak kami disahkan menghidap penyakit jantung selepas empat hari dilahirkan akibat mengalami demam kuning yang agak tinggi,” katanya.

Seorang lagi bayi, Muhammad Afiq Rayyan Zolkifli, tujuh bulan, yang menghidap penyakit jantung berlubang dan saluran darah sempit memerlukan pembedahan segera bagi memulihkan semula saluran itu.

Ibunya, Noor Aswani Shabudin, 34, seorang kakitangan swasta dari Gurun, Kedah, buntu memikirkan bagaimana mahu mencari wang untuk tujuan itu selain terpaksa mengharapkan pendapatan suami, Zolkipli Ahmad, 42 yang hanya bekerja sendiri.
Beliau berkata, keluarganya memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan anak sulungnya yang berjumlah RM30,000.

Sumbangan boleh disampaikan dengan menghantar cek atau wang pos kepada NSTP Charity Fund, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak berkenaan di belakang cek.

Read more...

Nahas jalan raya meningkat 9.7%

MELAKA 12 Jan. - Walaupun pelbagai kempen keselamatan jalan raya diadakan setiap tahun, namun jumlah kemalangan termasuk yang melibatkan kematian di negeri ini terus meningkat.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodhwan Mohd. Yusof (gambar) berkata, ini dibuktikan dengan statistik kemalangan tahun lalu yang meningkat sebanyak 1,178 kes atau 9.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Menurut beliau, pada tahun lalu, sebanyak 13,286 kes kemalangan kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 12,108 kes pada 2008.

"Jumlah kemalangan maut juga meningkat iaitu sebanyak 10 kes, daripada 235 kes pada 2008 kepada 245 kes pada tahun lalu.



"Kebanyakan kematian pula terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan di ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini semalam.

Sehubungan itu Mohd. Rodhwan menambah, pelbagai usaha yang lebih holistik akan dirangka tahun ini termasuk meningkatkan lagi penguatkuasaan, operasi dan program pencegahan.

Katanya, antaranya dengan mengadakan pameran dan ceramah keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah rendah bagi menyemai sikap pemanduan berhemah sejak di peringkat awal.



Dalam perkembangan lain, Mohd. Rodhwan berkata, polis negeri berjaya menangkap seramai 2,085 penagih dadah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1985 di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Tambahnya, dalam tempoh sama, polis turut merampas harta bernilai RM387,259.43 di bawah Akta Dadah Merbahaya (Pelucutan Harta).


Read more...

451 kanak-kanak, remaja maut kemalangan sepanjang 2008

SEREMBAN 16 Julai - Sebanyak 451 kematian yang dicatatkan di jalan raya di seluruh negara tahun lalu membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia antara enam dan 20 tahun.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, daripada jumlah itu, 104 orang melibatkan kanak-kanak berusia antara enam hingga 10 tahun, 139 orang (11 dan 15 tahun) dan 208 (16 dan 20 tahun).

Jelas beliau, sebahagian daripada kes kemalangan maut itu dipercayai melibatkan penunggang motosikal kanak-kanak serta remaja yang tidak berlesen.

''Kementerian Pengangkutan akan mempertingkatkan pelaksanaan kempen memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan kanak-kanak dan remaja bagi mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan golongan tersebut,'' katanya.

Robert Lau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sudut Keceriaan dan Keselamatan Jalan Raya 2009 anjuran ICI Paints Sdn. Bhd. di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Datuk Ismail Lasim; Pengarah Urusan ICI Paints Sdn. Bhd., Goh Cheok Weng dan pengetua cemerlang sekolah berkenaan, Wan Ruhayah Wan Yaacob.

Menurut beliau lagi, setiap anggota masyarakat terutamanya ibu bapa perlu memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan jalan raya di negara ini selamat kepada kanak-kanak serta remaja.

Dalam pada itu, jelasnya, sebanyak 2,713 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku di seluruh negara sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Read more...

Murid maut lantunan besi


KEADAAN cermin kereta yang dinaiki Muhammad Taufiq Asyraf Zamunir (gambar kecil) yang maut selepas terkena besi yang melantun dari jalan raya di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Permatang Bongor, Sanglang Perlis semalam.


KANGAR 20 Jun – Seorang murid tahun lima ini begitu bersemangat untuk memulakan persekolahannya esok, selepas bercuti panjang selama dua minggu.

Malah pagi-pagi lagi, Muhammad Taufiq Asyraf Zamunir, 11, telah ke kedai untuk menggunting rambutnya.

Namun hasrat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Baru di sini, itu tidak kesampaian apabila dia terbunuh ketika dalam perjalanan ke Alor Setar dengan menaiki kereta bersama bapa saudaranya.



Lebih tragis apabila punca kematiannya akibat terkena sebatang besi seberat 2.7 kilogram yang tercampak dari sebuah treler semasa berselisih di Jalan Kangar-Alor Setar, berhampiran simpang Permatang Bogor di sini, pada pukul 2.30 petang ini.

Besi jenis ‘C Channel’ dan berukuran 8x8 sentimeter itu dikatakan terjatuh di atas jalan lalu terpelanting ke atas cermin hadapan kereta tersebut.



Lantunan besi tersebut menyebabkan cermin hadapan kereta pecah dan terus mengenai kepala mangsa yang berada di tempat duduk belakang.

Besi berkenaan kemudian mengenai cermin belakang kereta.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Rosli Yahaya ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Muhammad Taufiq yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, bapa saudara mangsa, Mohd. Mustakim Ramjan, 19, yang memandu kereta dan seorang rakannya, di sebelah tempat duduk pemandu, bagaimanapun hanya cedera ringan.



“Semasa kejadian, semua mereka dalam perjalanan ke sebuah kedai motosikal di Alor Setar,” katanya.

Bapa mangsa, Zamunir Safari Putih, 42, berkata, dia menyedari sikap pelik Muhammad Taufiq sejak seminggu lalu apabila sering bertanya mengenai syurga.

“Kali terakhir dia bertanya adalah semalam, dia tanya.. Abah macam mana hendak masuk syurga, saya kata dia boleh terus masuk syurga kerana belum baligh.

“Namun berbeza dengan saya kerana kena timbang dosa pahala,” ujarnya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini hari ini.



Menurut Zamunir, selain itu, anaknya tersebut juga bersemangat hendak memulakan persekolahannya esok dengan pergi sendiri ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut pagi ini.

Katanya, Muhammad Taufiq juga beria-ia ingin menemani bapa saudaranya tersebut ke Alor Setar kerana mendakwa ia merupakan kali terakhir dia menaiki kereta itu.

“Dia menyampaikan hajatnya itu kepada ibunya, Suzita Ramjan, 40, sebelum menaiki kereta tersebut.



“Kami sekeluarga tidak menyangka memang itu kali terakhir dia menaiki kereta ini kerana kami fikir mungkin kerana cukai kereta itu akan berakhir hari ini,” katanya.

Muhammad Taufiq yang mempunyai kegemaran mengumpul setem dan pensil merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Sementara itu, pemandu lori treler berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan kecuaian semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.


Read more...

Hipertensi pembunuh senyap


Prof. Dr. Sim Kui Hian (kiri) bersama Prof. Hans Henrick Parving dan Avinash Potnis (kanan) semasa pelancaran ubat resilez baru-baru ini.


TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar 'pembunuh senyap' kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi boleh menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Walaupun ia adalah antara penyakit yang paling dikenali oleh rakyat Malaysia selain kencing manis dan sakit jantung, ramai yang bersikap acuh tidak acuh untuk mengelak ia daripada berlaku.



Antara sebabnya mungkin kerana hipertensi tidak menunjukkan gejala menakutkan.Malah hanya 10 peratus sahaja di kalangan pesakit tekanan darah tinggi yang merasai simptom seperti pening kepala atau simptom lain, Justeru tidak hairanlah apabila bercerita mengenai hipertensi pada hari ini, kita sedang berdepan dengan dua masalah utama.

Pertama, orang ramai tidak mengambil berat tentang tekanan darah mereka dan kedua, mereka yang sudah menghidapinya tetapi tidak pula mendapatkan rawatan yang betul.



Mengikut kajian yang dijalankan lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidapnya terdiri daripada kaum Melayu.

Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan, di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.

Perkara ini diakui oleh Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Sim Kui Hian.



Katanya, di Malaysia, empat daripada 10 dewasa menghidap tekanan darah dengan 26 peratus pesakit mempunyai tekanan darah terkawal.

Namun dengan ledakan teknologi terkini, penghidap hipertensi kini mempunyai pilihan merawat penyakit tersebut dengan sejenis ubat yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi secara konsisten selama 24 jam iaitu Rasilez .



Dr. Sim berkata, ubat ini berfungsi dengan menyasar terus kepada sumber tekanan darah tinggi iaitu enzim renin seterusnya mengurangkan tekanan.

''Ubat ini juga membekalkan ejen untuk merendahkan tekanan darah dengan tahap keberkesanan yang melebih 24 jam,'' katanya ketika majlis pelancaran Rasilez di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah tegasnya, dalam tempoh terdekat, pesakit akan merasai kekurangan.

Katanya lagi, apabila pesakit mengambil ubat ini, ia mampu mengurangkan tekanan tersebut dalam tempoh 24 jam.



"Apabila digunakan bersendirian ubat ini boleh menunjukkan lebih banyak pengurangan tekanan darah dari enzim penghalang pengubahsuai angiotensin (ACE), ramipril dan diuretik, hydrochlorothiazide (HCT).

''Bagi pesakit yang sudah mengambil ubat yang lain, tetapi tidak bertahan, Rasilez memberikan pengurangan tekanan darah yang lebih apabila ditambah kepada terapi yang sedia ada.

Kata Dr. Sim lagi, pesakit boleh menggunakan ubat ini sahaja atau pun bersama ubatan yang lain kerana mereka diberikan perlindungan dengan mengekalkan 91 peratus keberkesanan tekanan darah selepas satu dos.



Rasilez juga tegasnya merupakan satu rawatan pilihan ekoran kebanyakan ubat tekanan darah tinggi di pasaran gagal berfungsi sepanjang masa terutama sekali pada waktu awal pagi apabila tekanan darah naik.

Malah ia juga tergolong dalam kelas ubat baru yang dipanggil penghalang renin langsung.

"Ia bertindak dengan menyekat sistem renin angiotensin aldosterone (RAAS) secara langsung,'' terangnya lagi.

Jelasnya, Rasilez telah pun didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia.

''Buat masa ini, pasaran ubat ini hanyalah untuk hospital swasta dan dalam masa terdekat kita akan pasarkan di hospital-hospital kerajaan.

Read more...

Barah Prostat (BPH) ganggu kualiti hidup

>> Tuesday, June 1, 2010

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar AMIN FARIJ HASAN

UMUM mengetahui bahawa ancaman prostat antara penyakit yang paling kerap dihidapi lelaki. Namun masih ramai di kalangan golongan tersebut yang mengambil mudah terhadap ancaman kesihatan ini.

Malah perasaan malu, rendah diri dan bimbang jika disahkan menghidap penyakit ini menyebabkan sebilangan lelaki lebih rela menanggung kesakitan dalam diam daripada berusaha mendapatkan rawatan awal.

Perkara itu itu diakui oleh Pakar Urologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Prof. Madya Dr. Lee Eng Geap bahawa tahap kesedaran di kalangan lelaki terhadap penyakit tersebut masih rendah.

''Mengikut statistik kira-kira 10 hingga 20 peratus lelaki menghadapi masalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan atau khidmat nasihat.

''Sikap ini perlu diubah bagi membolehkan mereka membina keluarga bahagia di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat,'' tegasnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurutnya, lelaki yang berumur 50 tahun ke atas adalah kumpulan berpotensi besar mengalami masalah yang lebih dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH), yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk gangguan terhadap fungsi buah pinggang.

''Punca sebenar BPH masih tidak ketahui tetapi beberapa penyelidikan mendapati fenomena ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku akibat peningkatan umur,'' jelasnya

Selain itu, faktor pemakanan dan genetik juga turut mempengaruhi timbulnya masalah ini.

Menerangkan secara ringkas, Dr. Eng Geap memberitahu, BPH biasa berlaku kepada lelaki yang berumur 40 tahun ke atas terutama lewat 60-an atau awal 70-an.

Namun, ia masih boleh berlaku lebih awal, khususnya bagi lelaki yang ada sejarah masalah kelenjar prostat di kalangan keluarga rapat.

"BPH tidak menjadi ancaman besar kalau ia dapat dirawat ketika masih di peringkat awal. Sebab itu kita sentiasa galakan golongan lelaki menjalani pemeriksaan berkala sebagaimana wanita," katanya.

Eng Geap mengakui terdapat kekeliruan di kalangan sesetengah individu yang mengaitkan BPH dengan penyakit barah sedangkan kedua-duanya adalah situasi berbeza.

''BPH berlaku akibat kelenjar prostat yang terletak antara rektum dan pundi kencing telah membesar iaitu sebesar kacang walnut.

"Keadaan ini menyebabkan uretra iaitu saluran kencing akan terhimpit dan menimbulkan tanda-tanda kerumitan dalam proses membuang air kencing.

''Situasi ini dikenali sebagai pembesaran prostat (BPH) dan ini bukanlah barah seperti anggapan sesetengah orang," katanya serius.

Dr. Eng Geap menjelaskan, kemunculan BPH akan mencetuskan pelbagai masalah dan boleh memberi kesan pada gaya hidup individu terbabit.

Antaranya, kerap kencing pada waktu malam, daya pengaliran air kencing yang semakin lemah dan berasa tidak berupaya untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya.

''Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk mula kencing, kencing yang terhenti-henti berulang kali dan terdapat sisa air kencing selepas kencing," ujarnya.

Katanya, masalah tersebut tidak harus dipandang ringan kerana jika dibiarkan akan memudaratkan sistem badan yang lain.

''Selain BPH, tanda-tanda ini juga boleh timbul atas sebab-sebab yang lain dan ia mungkin adalah tanda-tanda penyakit yang lebih serius seperti jangkitan kuman pada pundi kencing atau jangkitan kuman pada sistem buah pinggang.

''Apa yang perlu dilakukan ialah memberitahu doktor sekiranya anda mempunyai sebarang tanda-tanda tersebut agar doktor dapat mengesahkan punca masalah sebenar,'' terangnya lagi.

Beliau menegaskan lagi, tanpa rawatan awal prostat ini akan terus membengkak dan menjadi lebih besar serta meningkatkan risiko dalam jangka masa panjang.

Katanya, kalenjar prostat yang normal biasanya bersaiz 20 gram bagaimanapun bagi yang bermasalah boleh membesar sehingga 200 gram.

Kadangkala terdapat juga kes-kes di mana pembesaran prostat yang tidak dirawat boleh menimbulkan masalah-masalah batu karang di dalam pundi kencing, jangkitan ginjal serta kerosakan pada pundi kencing, ginjal dan salur kencing.

Rawatan

Eng Geap memberitahu, pemeriksaan awal amat penting bagi memastikan sejauh mana seriusnya pembengkakkan tersebut.

"Doktor akan memastikan bahawa tanda-randa yang dialami itu adalah BPH dan rawatan yang sesuai akan ditentukan.

"Setakat ini terdapat dua jenis ubat untuk rawatan ini iaitu 5 Alpha Reductase Inhibitors yang bertindak mengecutkan kelenjar prostat dan sekali gus membolehkan kencing menjadi lawas.

"Satu lagi ubat ialah Alpha Bloker yang berfungsi untuk melonggarkan kelenjar prostat bagi tujuan memudahkan proses membuang air kecil," katanya.

Namun menurut Dr. Eng Geap, sekiranya pesakit berada di peringkat serius pembedahan perlu dilakukan.

''Dengan ledakan teknologi yang semakin canggih, pesakit yang menghidapi pesakit ini tidak perlu risau kerana pembedahan secara sistem laser iaitu Laser Photoselective Vaporisation of Prostate (PVP).

''Doktor akan menggunakan cahaya laser hijau berkuasa tinggi yang bertindak membenarkan pigmen darah di dalam tisu prostat menyerap cahaya ini lalu memanaskan tisu prostat ketahap pengewapan,'' tegasnya.

Katanya, dengan kecanggihan sistem laser hijau ini tisu prostat bermasalah dapat dikeluarkan dalam masa yang singkat dengan pendarahan yang minimum.

Ditanya mengenai kesan daripada pembedahan laser ini, Eng Geap memberitahu, 80 hingga 90 peratus pesakit yang menjalani pembedahan sistem laser hijau ini kembali lawas dalam proses membuang air kecil.

Read more...

Jangan Tangguh Rawat Kanser

KISAH yang dipaparkan minggu ini memang lain daripada kisah yang pernah anda baca sebelum ini. Ia bukan tentang masalah rumahtangga, anak menantu, perebutan harta dan sebagainya, sebaliknya adalah curahan hati tulus ikhlas Puan Zuhainie tentang penyakit kanser yang dihidapinya sejak lebih empat tahun lalu.

Kepada anda yang tidak pernah melihat saudara mara ataupun kenalan yang diserang penyakit ini maka anda tidak akan dapat membayangkan penderitaan yang ditanggung oleh pesakitn. Kecuali jika anda pernah membantu, merawat atau melaluinya sendiri. Ketika itu barulah anda tahu betapa hebatnya penderitaan yang terpaksa dilalui dan ditanggung oleh pesakit, demikian cerita Zuhainie dalam e-melnya.

''Dulu saya tak suka langsung pergi ke hospital kerana saya takut dan sedih melihat mereka yang menderita menanggung kesakitan. Bukan saya tidak bersimpati, tetapi saya ngeri dan kesihan melihat orang sakit.

''Namun berita kematian Datin Seri Endon kerana penyakit kanser menyedarkan saya tentang pembunuh nombor satu ini. Sejak itu entah kenapa saya begitu mengambil tahu sangat tentang penyakit kanser ini.

''Hendak dijadikan cerita dan Allah mahu menguji keimananan saya, pada hujung 2006 saya didiagnos dan disahkan oleh doktor pakar mempunyai clusters of infiltrating lobular carcinoma cells di bahagian payudara kanan dan cysts di sebelah kiri. Saya terkejut dan tidak menduga mendapat penyakit pembunuh nombor satu ini.

''Walaupun takut namun saya terpaksa ikut nasihat doktor, demi kesihatan saya. Selepas mengambil kira faktor umur belum 50 tahun dan kos perubatan mahal, maka saya terpaksa setuju dengan cadangan doktor supaya menjalani pembedahan serentak kedua-dua payudara saya.

''Memang saya takut, tetapi demi kesihatan, saya terpaksa menjalani pembedahan serentak membuang mastectomy di sebelah kanan dan cysts di sebelah kira payudara saya.

''Saya rasa tak ramai pesakit kanser yang melalui dua pembedahan serentak seperti saya lalui. Saya masuk bilik pembedahan pukul 3 petang dan keluar 9 malam. . Selepas dibedahsaya terlantar tujuh hari di hospital dan disambung sebulan lagi berehat di rumah

Puasa

''Masa itu di bulan Ramadan, suami dan dua anak saya ikut tumpang tidur di bilik hospital. Mereka buka puasa dan sahur di hospital. Saya bersyukur suami saya ambil cuti dan sentiasa di sisi sepanjang saya di hospital. Anak sulung cuti belajar, adiknya cuti sekolah.

''Siang hari suami saya bergegas balik ke rumah untuk mandi dan berehat. Dia datang semula waktu berbuka. Dialah bapa yang amat pengasih sepanjang tempoh saya sakit dan tidak berdaya. .

''Oleh kerana kos perubatan susulan juga mahal, atas nasihat doktor bedah, saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk berjumpa onkologi bagi pemeriksaan lanjutan. Syukur kepada Allah saya disahkan menghidap kanser tahap 1 dan tidak perlu menjalani kimoterapi.

''Tetapi saya kena makan ubat temoxefen setiap hari selama lima tahun yang diberi percuma oleh HKL. Bermakna tarikh tamat makan ubat kanser tersebut pada tahun depan, InsyaAllah.

''Namun penggunaan temoxefen membawa kesan sampingan seperti risiko kanser rahim, malah pengambilan bahan berkenaan selepas lima tahun pula didapati tidak berupaya meninggikan peluang pesakit untuk terus hidup kerana ia sekadar pilihan bagi tempoh lima5 tahun saja. Penjelasan doktor bagaikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas saya.

''Untuk rawatan susulan, setiap bulan saya ulang alik ke Pusrawi dan HKL selama setahun.Rawatan pesakit luar dikurangkan kepada tiga bulan sekali di Pusrawi dan tiga bulan lagi HKL, begitulah untuk selama dua tahun.

''Tahun ketiga rawatan d kurangkan setiap enam bulan sekali di Pusrawi dan enam bulan lagi di HKL. Kini, mencecah tahun keempat, saya masih berjumpa doktor setiap enam bulan sekali.

''Kali terakhir saya berjumpa doktor, beliau memaklumkan setakad ini kesihatan saya baik dan tiada tanda serangan ulangan. Apa pun saya masih taat menjalani mamogram, membuat imbasan tulang, hati, pemeriksaan darah dan apa sahaja yang di suruh oleh doktor.

''Saya seorang yang aktif bersukan, mementingkan kesihatan dan mengamalkan pe makanan seimbang. Sebab itu saya masih cantik dan anggun walaupun usia di hujung 40-an. Oleh kerana saya tidak mahu sakit maka saya kuatkan semangat melawan penyakit ini.

''Pengalaman saya daripada tidak tahu menahu tentang kanser, kini saya banyak membaca berkaitan kanser dan penjagaan kesihatan. Apabila saya ke hospital saya akan berbual dengan pesakit lain bertanya khabar dan bertukar cerita. Saya juga akan meminta nombor telefon mereka dan berhubung sebagai kawan sehingga sekarang.

''Pada saya berbaloi berkawan dengan orang senasib dengan kita kerana mereka senang memahami perasaan dan tekanan hidup masing masing.

''Ya, saya akui ada kawan yang survive dan ada juga yang meninggal dunia akibat kanser sel menular ke bahagian lain atau serangan kali kedua.

''Nasihat seorang ustaz, penyakit adalah anugerah Allah, kita kena terima dan redha, InsyaAllah ada penawarnya. Berbekal ilmu dari beliau maka saya lawan penyakit ini dengan amalan ayat al-Quran, solat, zikir dan doa. Tidak kurang kata semangat dan nasihat dari keluarga, jiran dan sahabat. Rupanya ramai yang menyayangi saya.

''Saya tidak berdukacita disebabkan hilang payudara kerana selama ini suami tidak langsung menunjukkan perubahan terhadap saya, malah beliau tidak mahu pun saya sebut sakit atau mengeluh. Beliau tetap melayan dan menunaikan tanggungjawabnya sama seperti dulu, tiada perubahan tingkat laku atau dalam hubungan suami isteri.

''Saya rasa sangat bertuah kerana suami dan anak-anak sangat sayang dan baik melayan saya, seperti tiada apa pun perubahan pada diri saya. Malah dari tahun 2008 saya kerap dibawa makan angin di dalam dan luar negara.

''InsyaAllah sebelum Ramadan ini beliau merancang membawa saya bercuti ke London dan Eropah. Saya bukan memuji suami, tapi dia baik dan masih membawa saya ke mana saja dia pergi kecuali urusan rasmi kerjanya.

''Ada juga saya dengar keluhan dari kanser survivor lain, yang suami kahwin lagi, suami dingin, suami tinggalkannya dan bermacam ragam lagi. Untuk mereka, saya nasihatkan agar jangan mudah putus asa, teruskan kehidupan walaupun tanpa suami, kita ada anak-anak untuk dijaga dengan penuh kasih sayang. Merekalah permata hati.

Berserah

''Anda mesti sabar, jangan kesalkan nasib kerana ia sama seperti anda menyalahkan anugerah Allah. Paling penting jangan tinggalkan ubat dan pemeriksaan susulan di hospital. Jangan berserah tanpa usaha. Peluang sembuh di tangan anda. Tawakallah setelah berusaha.

''Kepada anak-anak inilah masanya jika mereka ingin melabur saham akhirat, jagalah ibu atau ayah anda yang sakit kerana Allah sentiasa merahmati mereka yang berbudi kepada ibu bapa. Kepada suami atau isteri inilah masanya jika anda ingin mendapat rahmat Allah, ada pembalasannya menjaga orang sakit khususnya ibu bapa, isteri ataupun suami.

''Saya meluahkan isi hati untuk tatapan sahabat, peminat DCCK, atau sesiapa sahaja yang diserang penyakit kanser, jangan melewatkan rawatan jika doktor sudah mengesahkan anda menghidap kanser. Jangan biarkan penyakit ini merebak ke tahap lebih teruk hingga sukar dirawat nanti. Ikut nasihat doktor dan bukan nasihat mereka yang tidak ada kepakaran merawat penyakit ini.

''Semua orang tak kira lelaki ataupun wanita memang takutkan penyakit kanser, tetapi kita tidak boleh menolaknya jika telah ditakdirkan, hanya Allah lebih tahu.'' Demikian cerita Puan Zuhainie semoga anda lebih mengerti.

Read more...

COPD pembunuh senyap


Dr. Aziah ahmad mahyiddin bersama Pengerusi COPD, Prof. Liam Chong Kin (kiri), Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia, Prof. Dr. Roslina Manap (dua dari kanan), Pengurus Perhubungan Perubatan, Dr.Sivabalan Sivanesan (kanan) pada Forum dan Pelancaran COPD Assesment Test di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


APABILA menyebut mengenai penyakit paru-paru kronik (chronic obstructive pulmonary - COPD) mungkin ramai yang terpinga-pinga malah kemungkinan besar ada yang menganggap ia adalah penyakit yang baru dikenal pasti.

Realitinya COPD adalah penyakit yang kebanyakannya dialami oleh penghisap rokok tegar di seluruh dunia dengan nisbah dua daripada lima perokok akan menderita penyakit ini.

COPD juga penyebab keempat kematian, setanding dengan HIV/AIDS



Kajian yang dijalankan di rantau Asia Pasifik mendapati lelaki yang menghidap penyakit paru-paru kronik berkemungkinan mati lebih awal berbanding wanita yang menghidap penyakit sama.



Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr. Aziah Ahmad Mahyiddin berkata, kesedaran masyarakat kita mengenai bahaya penyakit ini masih rendah.

''Ramai menganggap penyakit ini sekadar batuk-batuk ringan sedangkan ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat di peringkat awal.

"Malah ramai yang membuat andaian penyakit ini adalah sesuatu yang mudah sedangkan ia boleh meragut nyawa jika lambat dikesan,'' ujarnya.

Menurut anggaran terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 210 juta orang sengsara ekoran diserang penyakit ini dan tiga juta orang mati kerana COPD.

Ia dijangka sebagai penyebab utama kepada kematian dan ketidakupayaan akibat masalah penyakit pernafasan menjelang tahun 2020.



Menurut Aziah, COPD hakikatnya sudah menjadi penyumbang kematian yang setaraf dengan HIV/AIDS, penyakit jantung dan kanser.

Menurut laporan WHO, pembunuh senyap ini telah membunuh hampir tiga juta nyawa setiap tahun.

Tegasnya, ia sejenis penyakit yang jarang didiagnos dan menggugat sistem respiratori seseorang secara perlahan-lahan tanpa disedari sehinggalah semuanya sudah terlambat.

''Ia juga menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang akhirnya menjejaskan kualiti kehidupan, seterusnya terdedah kepada risiko maut,'' katanyai.

Terangnya, penyebab utama kepada COPD ialah rokok. Lebih 90 peratus daripada penderita penyakit ini ialah perokok atau bekas perokok.



Punca lain penyakit sekatan pulmonari kronik ini termasuklah persekitaran seperti pencemaran udara atau asap kimia dan juga faktor genetik.

''COPD ialah sejenis penyakit kronik kerana ia kekal untuk tempoh yang sangat lama dengan pelbagai simptom yang kerap. Ia juga dianggap menyekat, kerana ia memberi kesan kepada aliran udara yang melalui paru-paru.

'' Sekatan ini menyebabkan pesakit menderita kerana gangguan pernafasan termasuklah ketika melakukan kerja harian yang mudah," ujarnya.

Tegas Aziah, merokok adalah satu daripada risiko umum COPD. Tabiat tidak sihat itu menyebabkan keradangan saluran pernafasan. Ia menambahkan pengeluaran mukus yang menyebabkan halangan kronik pada saluran pernafasan," jelasnya.



Katanya lagi, ramai di kalangan orang awam masih tidak mengetahui tanda-tanda awal penyakit ini yang kebiasaannya mempamerkan simptom tidak berbahaya seperti batuk, kesukaran bernafas, keletihan dan peningkatan pengeluaran mukus.

Lebih menggerunkan, jika lima orang merokok, dua daripada mereka berpotensi besar untuk dijangkiti penyakit ini.

''Jika tidak dirawat, COPD boleh membawa kepada sesak nafas yang teruk ketika melakukan aktiviti seharian sehingga kadang kala untuk memakai baju pun tidak mampu dilakukan oleh pesakit COPD," jelas Aziah.

Beliau berkata, penghidap penyakit COPD kebiasaannya berusia 40 tahun ke atas yang akan mengalami kesukaran bernafas dan batuk berkahak.



''Jangan beranggapan jika anda sudah berhenti merokok sejak usia muda, anda terkecuali menghidap penyakit ini. Sedikit sebanyak kesan merokok pada usia muda akan memberi kesan selepas umur 40 tahun ke atas.

Namun bagi mengurangi simptom COPD dan membenarkan pesakit hidup dengan lebih berkualiti, kaedah COPD Assesment Test (CAT) boleh dilakukan.

Pihaknya menyedari tahap kesedaran mengenai COPD di kalangan rakyat Malaysia amat rendah. Oleh itu, IPR berusaha mendidik orang ramai secara aktif mengenai bahaya penyakit tersebut.

''Kami sedia membantu dan memberikan rawatan tetapi segalanya terpulang kepada tekad pesakit itu sama ada mahu meninggalkan terus tabiat merokok atau sebaliknya,'' tambahnya.



Read more...

Implikasi Radang Usus

Oleh Dr. Tan Huck Joo


IBS adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti ketumbuhan atau tumor.


Penyebab IBD

Adalah menjadi kebiasaan orang menganggap bahawa IBD disebabkan oleh apa yang kita makan kerana IBD mengakibatkan keradangan di dalam salur penghadaman. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tabiat makan kita menyebabkan IBD.

Sungguhpun penyebab IBD tidak diketahui sepenuhnya, doctor percaya bahawa IBD berlaku disebabkan sistem pertahanan badan bertindakbalas dengan tisu usus sendiri. Selain itu, faktor yang menyebabkan IBD ialah sejarah keluarga yang pernah menghidapi IBD, jangkitan, immunologik (berkenaan dengan sistem imuniti badan) dan juga faktor kesihatan fisiologikal. Apa yang mencetuskan sistem imun badan menyebabkan IBD masih belum dikenalpasti. Tabiat merokok direkodkan sebagai penyebab kepada penyakit Crohn's yang teruk.

Tanda dan gejala

Tanda gejala lazim adalah sakit pada bahagian abdomen dan cirit-birit. Tanda-tanda lain termasuk:

# Cirit-birit yang mengandungi darah

# Kehilangan selera makan

# Penurunan berat badan

# Keluaran lendir daripada dubur

# Buang air besar berserta sakit atau berdarah

# Keinginan membuang air besar yang mendesak

# Kembung perut

# Fistula atau penyakit di bahagian dubur. Keadaan ini biasa berlaku di mana terdapat lelehan lendir di sekeliling dubur di kalangan penghidap penyakit crohn's

# Demam (berlaku semasa radang berlaku)

# Perasaan letih (kurang darah merah, rasa tidak sihat secara umumnya)

Komplikasi

IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser (penghidap ulseratif kolitis) dan menyebabkan usus tembus (atau pecah). Penghidap penyakit crohn's mungkin mengalami usus sempit (lubang usus menjadi separuh tersekat dan menyempit) disebabkan oleh keradangan.

Penyakit radang usus mungkin boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman, seperti pada sendi, mata, kulit dan hati. Pesakit yang banyak menggunakan ubat steroid untuk mengurangkan radang mungkin akan mendapat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis. Dalam jangka masa panjang IBD boleh menyebabkan penghidap berisiko tinggi mendapat kanser kolon. Penghidap memerlukan pengawasan untuk mengenal pasti tanda awal kanser kolon.

Rawatan IBD

Disebabkan IBD merupakan penyakit kronik, ia memerlukan pengambilan ubat berjangka panjang. Objektif utama rawatan IBD adalah untuk mengkurangkan tindak- balas keradangan yang tidak normal. Sesetengah ubatan digunakan untuk merawat keradangan yang akut dan menjadikan penyakit ini terkawal. Ubatan lain berfungsi mengurangkan kekerapan keradangan dan menjadikan keadaan IBD stabil.

Steroids - Steroid akan diberikan kepada pesakit untuk penyakit yang aktif dan steroid hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat. Steroids membantu mengurangkan gejala IBD tetapi tidak boleh menghalang IBD menjadi aktif. Kesan sampingan steroid sekiranya diambil dalam dos yang tinggi dan dalam masa yang panjang termasuk jerawat, katarak, osteoporosis( tulang reput) dan "moon face" (wajah bengkak menjadi bentuk bundar).

Mesalazine - Ubat ini berguna untuk mengawal IBD. Pesakit perlu mengambilnya dalam jangka masa yang panjang.Mesalazinine juga berguna semasa keradangan yang aktif.

Immunosippression - Kumpulan ubatan ini digunakan untuk menekan sistem imun (disebabkan IBD adalah penyakit berkaitan dengan reaksi imun badan sendiri). Malangnya, ubat ini lambat tindakannya, tetapi berguna untuk membantu pesakit yang penyakitnya tidak terkawal sepenuhnya dengan penggunaan ubat masalazine. Ianya juga mengurangkan kekerapan pengambilan steroid dan ubat ini mempunyai kurang kesan sampingan jangka panjang. Akan tetatpi, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman dan pemantauan ujian darah perlu dilakukan.

Anti-TNF agen - "Tumour necrosis factor" (TNF) adalah diperolehi dari sel darah putih dan ianya bertindak untuk memperbaiki tisu yang rosak. Inflixamab adalah anti-TNF antibodi yang telah diperakui untuk merawat penyakit crohn's dan ulser kolitis yang tahap sederhana hingga ke tahap teruk. Tetapi ubat ini agak mahal.

Antibiotik - Mtronidazole dan ciprofloxacin adalah dua antibiotik yang digunakan untuk merawat IBD. Ubat ini berguna untuk merawat IBD yang ringan dan akut. Tetapi ubat ini tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD.

Pembedahan - Pembedahan berpotensi penyembuhan penyakit ulser kolitis tetapi tidak berkesan untuk penyakit crohn. Pembedahan selalu disarankan untuk pesakit yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan pengambilan ubat tidak mendatangkan kesan. Doktor juga akan melakukan pembedahan terhadap penghidap ulser kolitis sekiranya terdapat tanda-tanda permulaan kanser atau telah menjadi kanser. Untuk penyakit crohn's, pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang menderita dengan komplikasi penyakit dan penyakit yang tidak bertindak-balas terhadap ubat-ubatan

Probiotik - Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan probiotik sebagai terapi ajuvan untuk menstabilkan penyakit dan mengurangkan radang ulser kolitis yang ringan hingga radang yang sederhana. Ia boleh menstabilkan remisi yang berlaku di pouchitis (selalunya berlaku selepas pesakit menjalani pembedahan ulser kolitis).

Tip untuk pesakit yang hidup dengan IBD

Organisasi Gastroenteologi Dunia menyarankan petua ini untuk penghidap IBD:

1. Belajar tentang IBD dan tanda gejalanya.

2. Ingat bahawa setiap penghidap IBD adalah berbeza.

3. Cari seseorang yang boleh berkongsi dan mendengar masalah anda dan juga dapat bersimpati terhadap penyakit yang anda tanggung.

4. Makan secara seimbang.

5. Jangan melakukan aktiviti berlebihan yang diri anda tidak mampu melakukan.

6. Tanyakan pemberi perkhidmatan kesihatan anda tentang ubat yang anda makan, apakah kesan sampingannya dan berapa lama jangka masa penggunaannya.

l Dr. Tan Huck Joo adalah presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia. Penulis rencana ini tidak menyokong dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia yang disokong oleh Program Perut Sihat VITAGEN. Untuk mendapatkan buku mengenai kesihatan sistem penghadaman secara percuma, sila hubungi 03-56211408.



Read more...

Kerana miskin, Syazwan tolak tawaran ke IPT

>> Thursday, May 27, 2010

Dr. Mohd. Kamal Khir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Siti Aeshah Mohd. Noor sambil diperhatikan oleh Mohd. Syazwan Abu Seman (kanan) di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 12 April - Melihat kepada kejayaan dan kesenangan yang dimiliki oleh rakan sebayanya, perasaan seorang remaja, Mohd. Syazwan Abu Seman dari Taman Semarak di sini mudah tersentuh.

Namun apakan daya segala yang berlaku sudah ditakdirkan. Sebagai insan kerdil, Mohd. Syazwan, 19, pasrah menerima ketentuan Tuhan. Kepayahan ibu, Siti Aeshah Mohd. Noor, 48, yang terpaksa membesarkan empat anak selepas ayah yang sepatutnya menjadi tempat bergantung, meninggal dunia sejak tiga tahun lalu menuntut pengorbanan Mohd. Syazwan yang tidak berbelah bahagi.

Sebagai anak yang memahami kesusahan ibunya, dia tidak pernah meminta itu ini, sebaliknya turut sama membantu ibu meneruskan hidup dan mencari rezeki halal. Lebih memilukan, Mohd. Syazwan, terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Perlis kerana tidak sampai hati hendak menyusahkan ibunya.

Menurutnya, dia terpaksa bertindak demikian bagi menjaga ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi kronik. "Ibu kini menderita akibat penyakit buah pinggang dan tidak mampu membuat kerja berat serta perlu bergerak menggunakan tongkat.

"Dia perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di Rumah Sakit Angkatan Tentera, Kem Lapangan Terbang Sungai Layar," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi Yang Dipertua (YDP), Pertubuhan Bekas Pasukan Khas Tentera Udara (PBPKU), Prof. Mejar (B) Dr. Mohd. Kamal Khir di sini baru-baru ini. Hadir sama ialah Timbalan YDP PBPKU, Othman Majid dan Setiausaha PBPKU, Ahmad Buyong Mokhtar.

Mohd. Syazwan berkata, bapanya, Ahmad Asri Jaafar yang merupakan bekas anggota Pasukan Khas Tentera Udara (Paskau) bertugas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth dekat sini meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu selepas menderita penyakit barah usus. "Selepas bapa meninggal, ibu terpaksa jaga saya dan tiga lagi adik-adik termasuk yang sedang bersekolah. Kini ibu pula jatuh sakit, maka kami perlu jaga ibu.

"Kami sekeluarga bergantung kepada duit gaji bulanan yang disumbangkan abang dan juga bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 setiap bulan," katanya. Kata Mohd. Syazwan, walaupun terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Perlis, dia berazam mengubah nasib keluarga pada masa akan datang dengan menyertai kursus membaik pulih kenderaan perdagangan di Pusat Giat Mara Sungai Petani.

"Oleh kerana jarak tidak jauh dari rumah dan memudahkan menjenguk ibu yang sakit, saya mengambil keputusan belajar kemahiran di situ," katanya. Sementara itu, Mohd. Kamal berkata, PBPKU melakukan lawatan ke rumah Siti Aeshah tersebut berdasarkan maklumat disampaikan oleh anggota PBPKU di Sungai Petani."Dalam lawatan ini, kita turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada Siti Aeshah dan keluarganya," katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan memanjangkan penderitaan yang dialami Siti Aeshah kepada pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tindakan lanjut.


Read more...

Perlindungan kesihatan takaful

>> Tuesday, May 25, 2010

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

Penjagaan kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental dan jiwa.

SEMUA orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Ada yang sanggup memerah keringat, membanting tulang empat kerat, mengorbankan harta mempertaruhkan nyawa. Tetapi malangnya ramai yang terlepas pandang aspek kesihatan fizikal dan mental dalam mengecapi kebahagiaan hidup.

Ramai yang menabung untuk simpanan hari tua, untuk pendidikan masa depan anak-anak dan seringkali tabungan untuk kesihatan dilupakan. Malah yang lebih malangnya memandang remeh terhadap aspek tersebut dengan alasan di negara kita ini pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Dewasa ini, kita seringkali dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal yang memerlukan dana yang besar untuk kos rawatannya.

Penyakit darah tinggi dan kencing manis antara dua jenis penyakit yang boleh memberi kesan sampingan yang kronik, termasuklah serangan sakit jantung. Penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh terbesar di Malaysia.

Di samping itu, penyakit-penyakit seperti kanser, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya, juga antara penyakit yang dikenal pasti menjadi pembunuh rakyat Malaysia masa kini. Penyakit-penyakit ini memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Sebagai contoh anggaran perbelanjaan perubatan rawatan kanser payudara di sekitar RM20,000 ke RM100,000. Tanpa tabungan yang cukup bagaimana boleh menampung kos perubatan yang tinggi.

Kos untuk perkhidmatan perubatan juga telah turut meningkat dari semasa ke semasa sehingga menjadi suatu beban yang akhirnya terpaksa 'merempat' untuk menagih simpati bantuan orang ramai. Hal ini sudah pasti akan menambahkan lagi bebanan menanggung kesakitan dan kewangan.

Dalam konteks ini, Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan amat mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sebagaimana Islam mementingkan penjagaan kesihatan jiwa dan akal.

Malah kaedah penjagaan kesihatan dalam Islam lebih syumul bila mana Islam menetapkan bahawa kesihatan itu bukan kesihatan fizikal semata-mata malah ia mencakupi kesihatan jiwa dan akal.

Kesihatan adalah anugerah yang sangat bernilai dan perlu dihargai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu (riwayat Bukhari ) dan sabda Nabi lagi yang bermaksud: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (riwayat Muslim)

Islam mendidik kita untuk menjaga kesihatan dengan cara mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Apabila sudah ditimpa penyakit maka Islam mengajar kita agar tidak berputus asa dan hendaklah berusaha mencari penawar sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat." (riwayat Bukhari ) Dan sebaik-baik penawar ialah al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 82.

Di antara kaedah lain yang ditekankan oleh Islam dalam penjagaan kesihatan ialah menitikberatkan kebersihan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit yang meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran.

Makanan seimbang adalah antara kaedah yang juga diberi penekanan oleh Islam dalam penjagaan kesihatan. Setiap hari kita menikmati pelbagai jenis juadah makanan untuk keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti seharian.

Dalam soal pemakanan ini Allah berfirman yang bermaksud: Wahai manusia, makanlah apa-apa di atas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.

Firman Allah juga: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepada-Mu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepada-Nyalah kamu bersembah sujud (beribadat).

Pendek kata, Islam amat prihatin dalam soal penjagaan kesihatan malah memerintahkan penganutnya sentiasa mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Ini kerana seperti yang disebut dalam pepatah Arab, 'Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat.'

Memang tidak dinafikan pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Namun persiapan menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi untuk tabungan kesihatan adalah suatu perkara yang sangat perlu.

Apabila mempunyai kewangan yang mencukupi maka semua perkara akan menjadi mudah dan barangkali tidak banyak kesulitan yang akan dihadapi walaupun sedang ditimpa penyakit. Pepatah Melayu menyebut, 'Sediakan payung sebelum hujan' amat tepat untuk direnungi dan sangat relevan dengan persiapan mewujudkan tabungan untuk kesihatan.

Read more...

Pemeriksaan awal kanser kolon

Oleh Dr. Tan Huck Joo

Berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.

KANSER kolon atau kanser rektum yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal menyebabkan 655,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun. Ia merupakan penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita negara ini.

Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak berbahaya tetapi ada sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.

Kanser kolon boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal. Oleh itu cara untuk mengelak daripada mendapat kanser kolon adalah dengan menjalani pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan awal oleh doktor

Pemeriksaan awal bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser kolorektal. Kanser kolon boleh menyerang tanpa sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doktor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.

Berdasarkan data yang diperolehi dari negara barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon. Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidapi kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Atau anda perlu melakukan pemeriksaan 10 tahun lebih awal daripada pesakit yang paling muda. Sebagai contoh, jika adik beradik anda menghidapi kanser kolon pada umur 38 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan pada umur 28 tahun.

Pemeriksaan awal oleh doktor untuk kanser kolorektal adalah penting untuk mengelakkan kanser kolon. Tetapi, ia memerlukan banyak sumber dan tenaga manusia untuk melakukannya. Selain daripada kolonoskopi yang merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser kolorektal, terdapat kaedah lain untuk mengesan kanser kolon seperti pemeriksaan darah dari najis, barium enema, sigmoidoskopi dan imbasan kolonografi CT.

Mengesan kanser kolon

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya, kebanyakan pesakit berjumpa doktor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doktor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan.

Dan apabila mereka berjumpa dengan doktor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati atau peparu). Tahap 4 merupakan kanser terminal dan kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis. Diagnosis awal adalah penting dan seharusnya pesakit mendapatkan rawatan segera sejurus mempunyai tanda gejala kanser kolorektal.

Sekiranya anda mempunyai tanda gejala kanser kolon dan mendapatkan pengesanan awal doktor, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan. Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian. Dalam prosedur kolonoskopi doktor akan menggunakan skop iaitu satu tiub panjang dan boleh melentur (fleksibel) dengan garis pusat ½ inci. Tiub ini disambungkan ke alat perakam kamera video untuk doktor memeriksa seluruh kolon dan dubur (rektum). Prosedur ini boleh dilihat oleh doktor dengan jelas pada skrin televisyen. Semasa prosedur, doktor boleh membuang polip atau mengambil sampel tisu yang tidak normal di dalam usus untuk dianalisis. Pembuangan polip bertujuan mengurangkan risiko pesakit mendapat kanser. Prosedur kolonoskopi berguna untuk mendiagnos penyakit dan ia juga berguna merawat pendarahan usus, membuang polip dan merawat usus yang tersumbat disebabkan kanser kolon.

Barium enema dan imbasan kolonografi adalah satu lagi cara yang sesuai untuk mendiagnos kanser kolon yang telah menyumbat lubang usus. Tetapi dengan cara ini doktor tidak dapat mengambil sampel tisu kolon untuk dianalisa. Ujian darah CEA (Carcinoembryonic Antigen) tidak tepat untuk mengesan kanser kolon. Bagaimanapun, bacaan CEA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan pesakit menghidap kanser kolon, tetapi kemungkinan pesakit menghidap kanser paru-paru atau kanser perut. Bacaan CEA yang tinggi boleh juga dikesan di kalangan perokok. Untuk peringatan, bacaan CEA pada paras normal tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas dari kanser kolon.

Rawatan

Pembedahan - Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang.

Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus. Colonic stenting atau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.

Kemoterapi - doktor menggunakan ubat anti kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang perulangan. Secara umumnya, cara ini mempunyai kesan sampingan tetapi boleh dikawal secara keseluruhan.

Terapi radiasi - menggunakan Sinar X berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak. Rawatan ini juga digunakan bersama kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum pembedahan.

Imunoterapi atau terapi biologi - terapi ini meningkatkan fungsi anti kanser pesakit dengan menggunakan sistem imun tubuh badan untuk melawan kanser.

Bolehkah kanser kolon dicegah?

Walaupun faktor risiko utama kanser kolon adalah gen anda, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan anda boleh mencegah kanser ini. Anda boleh melakukannya dengan menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet rendah kalori, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.

Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko anda mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting. Ingat, kanser kolon boleh dielakkan. Oleh itu, jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi, jalani ujian pemeriksaan awal. Jangan tunggu sehingga anda melihat tanda dan gejalanya untuk berjumpa doktor.

Dr. Tan Huck Joo adalah presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia. Penulis rencana ini tidak menyokong dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia yang disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapatkan buku mengenai kesihatan sistem penghadaman secara percuma, sila hubungi 03-56211408.


Read more...

32,000 pesakit baru kanser tahun ini

KANGAR 11 Mei — Sebanyak 32,000 kes baru kanser dijangka dikesan tahun ini dan ia merupakan antara 10 punca utama penduduk negara ini dimasukkan ke hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata walaupun kanser bukan penyakit berjangkit, namun jumlahnya terus bertambah.

Berucap pada program Perlis Sihat Sejahtera bertemakan “Kenali Kanser” di sini hari ini, beliau berkata lima jenis kanser paling utama bagi lelaki di negara ini ialah kanser usus besar, paru-paru, nasofrinks, prostat dan hati manakala bagi pesakit wanita ia membabitkan kanser payu dara, usus besar, serviks, ovari dan tiroid.

Bagi pesakit kanak-kanak, kanser yang sering menyerang ialah leukemia, kanser otak dan tulang.
- Bernama

Read more...

Sheila Majid dan PRUmy Child

Oleh ZUHAYATI YAZID

Sheila Masjid dan anak boungsunya, Khalefa pada majlis pelancaran PRUmy Child.

SEMUA orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi matlamat itu. Ada yang sanggup memerah keringat, membanting tulang empat kerat, mengorbankan harta dan mempertaruhkan nyawa.

Tetapi malangnya ramai yang terlepas pandang aspek kesihatan fizikal dan mental dalam mengecapi kebahagiaan hidup. Ramai yang menabung untuk simpanan hari tua dan untuk pendidikan masa depan anak-anak, tetapi seringkali tabungan untuk kesihatan dilupakan. Malah yang lebih malang ada yang memandang remeh terhadap aspek tersebut.

Menyedari kepentingan itu, Prudential Assurance Malaysia Berhad, telah melancarkan PRUmy Child, satu pelan insurans kanak-kanak inovatif yang menawarkan perlindungan lengkap terhadap ibu dan anak sejak berada di kandungan lagi.

Selari dengan perkembangan itu, penyanyi tersohor tanah air, Sheila Majid dan anak bongsunya, Khalefa telah dipilih menjadi duta kepada syarikat insurans tersebut. Ketika ditemui, Shiela mengakui bangga dengan pemilihan tersebut dan berharap dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan perlindungan dan kesihatan terhadap anak dan ibu.

''Sememangnya anak-anak memerlukan perlindungan dan keselamatan terbaik dan salah satu cara untuk memberikan anak-anak perlindungan adalah insurans,'' ujar ratu Jazz Malaysia ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia, Charlie Oropeza. Beliau yang menjadi pelanggan kepada Prudential sejak tahun 10 tahun yang lepas berkata, adalah penting untuk masyarakat hari ini berfikir tentang keselamatan dan juga perlindungan diri.

''Biarpun berada di dunia moden, namun segala musibah boleh berlaku di mana-mana sahaja, oleh itu, adalah tanggungjawab kita untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku,'' ujarnya bersungguh. Katanya lagi, langkah Prudential yang melancarkan pelan ini merupakan kaedah terbaik dalam mendidik ibu bapa tentang kepentingan insurans bagi kanak-kanak dan ibu.

Sementara itu, Oropeza pula memberitahu, adalah tanggungjawab pihaknya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. ''Memandangkan ibu adalah orang yang paling penting di dunia, haruslah diberikan keutamaan sepanjang berada dalam tempoh kehamilan dari segi perlindungan terutama kesihatan,'' katanya.

Tegasnya lagi, wanita yang mengandung digalakkan untuk menyertai pelan perlindungan ini bagi memudahkan perancangan apabila lahir anak tersebut.

''Semua ini penting bagi memberi perancangan lebih tersusun sehinggalah anak tersebut berumur 18 tahun. Turut dilindungi dalam pelan tersebut ialah segala urusan ibu sepanjang tempoh bersalin itu termasuklah jika berlaku kos komplikasi semasa melahirkan bayi.

Read more...

Gambaran kos rawatan kanser payudara

>> Monday, May 24, 2010

Gambaran kos rawatan kanser payudara
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN dan NIEZAM ABDULLAH

KOS ubat-ubatan dan prosedur pembedahan dalam merawat penyakit-penyakit tertentu menjadi antara satu alasan utama kenapa kebanyakan pesakit tidak dapat bertahan dengan satu-satu pelan rawatan. Tidak dinafikan, rundingan doktor dan harga ubat yang tidak kurang mahalnya boleh menjadi bebanan bagi sesetengah orang terutamanya bagi mereka yang tidak dilindungi oleh insurans perubatan.

Kalau ada (insurans) sekalipun, rawatan kanser payudara misalnya, boleh menjadikan pesakit tambah stres apabila kita memperkatakan tentang bajetnya. Apatah lagi mengambil kira hilang upaya untuk bekerja seperti sebelumnya. Ditambah pula dengan kos pengangkutan dan perjalanan bagi menjalani rawatan yang telah dijadualkan.

Itu semua boleh kita fahami. Pendek kata, tiada siapa yang sepatutnya tidak menerima apa-apa bentuk rawatan dan hanya berserah kepada takdir dan berpegang kepada falsafah ajal maut di tangan Tuhan – hanya kerana masalah kewangan. Bagaimanapun, rayuan meminta derma dan bantuan dihulurkan bagi menanggung kos rawatan yang dibuat oleh individu tertentu menerusi media tanpa disedari telah memberikan impak yang negatif pada wajah sebenar sesuatu penyakit. Sedangkan gambaran sebenarnya menjanjikan sesuatu yang jauh lebih positif dan tidak sepatutnya menakutkan orang ramai.

Sepanjang minggu ini, Mingguan Malaysia menerima beberapa panggilan telefon serta emel daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pakar perubatan serta jururawat di dalam bidang onkologi klinikal iaitu satu bidang yang menawarkan rawatan untuk pesakit kanser dewasa. Pakar onkologi (kajian dan amalan bagi merawat tumor/ketumbuhan) terbabit di dalam emelnya yang menyusul selepas perbualan telefon melahirkan kebimbangan beliau dengan trend ini.

‘‘Pertama sekali, niat utama saya membawakan isu ini adalah untuk mendidik masyarakat. Saya tidak mahu orang ramai keliru selepas membaca cerita-cerita tentang kos rawatan yang amatlah tersasar itu. Apatah lagi dalam keadaan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita masih ramai yang tidak faham mengenainya. ‘‘Mereka takut untuk berjumpa doktor bagi pengesahan penyakit dan lebih rela berjumpa bomoh atau pengamal terapi alternatif lain untuk berubat. Apabila kanser telah melarat dan tenggelam punca untuk mendapatkan rawatan, barulah mereka berjumpa kami (doktor). Sudah tentu pada tahap ini penyakit sudah berada di tahap lewat dan sukar dirawat,’’ ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Mas.

Menurutnya, jika media sering kali melaporkan tentang individu yang memerlukan hampir ratusan ribu ringgit untuk merawat kanser payudara, sudah tentu mereka yang berpendapatan rendah semakin takut untuk menjalani rawatan disebabkan oleh kosnya yang sangat tinggi. Dr. Mas yang juga ahli Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) menyifatkan, jumlah tersebut (bagi kemoterapi dan radioterapi) amat diragui memandangkan kos biasa di pusat-pusat perubatan swasta adalah jauh lebih rendah. Malah, beliau turut menyenaraikan beberapa nama pakar lengkap dengan hospital masing-masing yang menawarkan rawatan kanser.

‘‘Apa lagi rawatan tersebut ada ditawarkan di hospital kerajaan pada harga yang sangat rendah memandangkan kos ubat yang termasuk di dalam protokol standard disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan. Sebagai contoh, kos kemoterapi FEC/FAC untuk kanser payudara sebanyak enam kali di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cuma RM360 (RM60 sekali kemoterapi). ‘‘Jika pesakit memilih untuk mengambil rejimen kemoterapi berlainan misalnya T-A-C atau A-T, mereka hanya perlu membeli sendiri ubat T itu - RM12,000 untuk enam kali (lebih kurang RM1,500 hingga RM2,000 sekali) manakala kos untuk ubat A dan C dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan,’’ kata Dr. Mas.

Mengulas lanjut, paling maksimum, rawatan radioterapi untuk kanser payudara adalah sebanyak 25 hingga 30 kali. Kebanyakan pesakit yang melakukan mastektomi (pembuangan payudara melalui pembedahan) secara puratanya cuma memerlukan 15 kali radioterapi sahaja.
Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Di HKL, keseluruhan rawatannya tidak lebih RM500.

‘‘Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali cuma RM5,000 hingga RM6,000 sahaja. ‘‘Pakar-pakar onkologi kerajaan dan swasta di dalam negara sering bertemu, mematuhi garis panduan antarabangsa dalam pengurusan kanser. Tiada perbezaan dari segi teknik rawatan, ubat-ubat yang disyorkan dan sebagainya,’’ terang beliau. Kesemua ubat atau rawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan boleh diperoleh di mana-mana hospital cuma di hospital kerajaan, rawatan yang diberikan mestilah mengikut indikasi dan justifikasi penyakit kanser tersebut, tanpa mengira status sosial, warna kulit dan sebagainya.

‘‘Tujuan saya bukanlah hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi biarlah berpadapada dalam semua tindak tanduk kita. Jangan kerana terlalu beria-ia untuk mendapat rawatan di pusat swasta yang berstatus tinggi dan lebih selesa tetapi dalam masa yang sama memberikan tanggapan yang salah kepada orang awam mengenai penyakit dan rawatan kanser payudara ini. Itu yang saya mahu elakkan,’’ tegas Dr. Mas.

Sementara itu, Pakar Bedah Am, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain yang banyak kali membedah pesakit kanser payudara ketika diajukan pertanyaan sama nyata terkejut dengan nilai tinggi yang dinyatakan. ‘‘Ini pertama kali saya dengar. Biasanya, selepas membedah pesakit, kita akan rujuk mereka kepada pakar onkologi. Bagi pesakit yang ada insurans atau ditanggung oleh syarikat, mereka selalunya memilih agensi swasta untuk rawatan lanjut dan bagi yang kurang mampu, ke hospital kerajaan.

‘‘Saya biasa berurusan dengan salah sebuah institusi swasta terkemuka yang menawarkan perkhidmatan adjuvan ini. Secara pakejnya, kos dikenakan RM30,000 sebanyak enam pusingan (setiap pusingan dari tiga minggu ke sebulan),’’ katanya. Kemoterapi pula, terangnya, mempunyai pelbagai kelas dari yang standard dan lebih murah yang digunakan di negara ini sejak 10 hingga 20 tahun lepas sehinggalah kelas yang lebih tinggi. Mengulas lanjut, kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun lain, Malaysia boleh dikatakan antara yang terbaik dalam penyediaan rawatan awamnya di mana tiada seorang pun yang sakit akan terbiar tanpa rawatan walau tidak mampu membayar satu sen pun.

‘‘Pesakit kanser payudara sentiasa boleh pergi ke mana-mana hospital besar di negeri masing-masing untuk mendapatkan rawatan. Jika hospital berkenaan tidak mempunyai kepakaran atau rawatan tertentu, pesakit akan dirujuk kepada institusi swasta yang dibeli perkhidmatannya oleh kerajaan,’’ katanya. Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan terapi alternatif bagi merawat kanser payudara kerana setakat ini ujarnya, para saintis sependapat bahawa kebaikan kemoterapi mengatasi komplikasi teruk yang sering menjadi penghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan. Dalam kanser payudara, pembedahan merupakan rawatan utama sebelum disokong dengan rawatan adjuvan (sampingan) seperti kemoterapi melalui suntikan atau oral dan, radioterapi. Tidak semua orang memerlukan kemoterapi, ia bergantung kepada penilaian pakar onkologi ke atas pesakit.

‘‘Walaupun kemoterapi sering dikaitkan dengan cerita-cerita negatif loya muntah, keguguran rambut, keletihan melampau, tetapi pesakit tidak boleh menolaknya mentah mentah. Kebaikannya mengatasi keburukan dan tidak semua orang mengalami kesan sampingan yang sama teruk di antara satu sama lain, jadi jangan bazirkan masa. ‘‘Ramai pengamal perubatan alternatif yang mengakui dapat merawat kanser dan yakin dengannya. Kalau boleh, kami pun mahu belajar daripada mereka tetapi sehingga kini tidak pernah jumpa satu pun yang didokumentasikan,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Selain kemoterapi, belum ada agen lain yang ditemui bagi membunuh saki-baki sel-sel kanser yang halus dalam tubuh pesakit. Penggunaan antibodi masih dalam peringkat percubaan yang masih awal. Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan media supaya berhenti daripada
melayan rayuan-rayuan seumpama ini kecuali meminta pengesahan terlebih dahulu daripada doktor pakar yang terbabit.

- Utusan


Read more...

Derma pesakit kanser

Majlis Pelancaran Kutipan Derma Pesakit Kanser, Loke Saia Keong - 26 Mei 2009



Loke Sai Keong adalah seorang muda yang baru mencecah usia 22 tahun. Dalam usia semuda itu, beliau terpaksa menanggung penyakit kanser paru-paru.

Apabila disahkan menghidap kanser paru-paru kira-kira 3 bulan yang lalu, Loke Sai Keong tergamam memikirakan bagaimana orang semuda dirinya boleh mendapat penyakit tersebut. Beliau tidak minum arak malah tidak pernah merokok.

Kesakitan yang ditanggungnya menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja. Buat masa ini segala perbelanjaan perubatannya adalah tertanggung dibahu abang ipar beliau.

Ibu bapa Loke Sai Keong sudah berusia dan tidak mampu lagi bekerja.

Atas keprihatinan penduduk Kampung Baru Simpang Pulai, satu majlis bagi mengutip derma telah dianjurkan bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung Loke Sai Keong dan keluarganya.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Sdr Chan Ming Kai telah turut hadir ke majlis tersebut bagi menunjukkan sokongan moral.

Semangat kejiranan dan permuafakatan penduduk Kg Baru Simpang Pulai wajar dijadikan contoh.

Adalah diharapkan Loke Sai Keong dan keluarga dapat bersabar dalam menempuh saat yang getir ini. Kepada Loke Sai Keong didoakan semoga cepat sembuh.


*Sekadar kisah dan tauladan yang diipetik dari blog http://adunsimpangpulai.blogspot.com/2009/06/majlis-pelancaran-kutipan-derma-pesakit.html
*Tiada maksud dan tujuan lain dari penulis blog


Read more...

Tiga maut nahas lepas hujan

Tiga maut nahas lepas hujan
Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my
2010/05/18
Mangsa mahu ziarah saudara di hospital sebelum kereta terbabas, dirempuh

KOTA KINABALU: Tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, teksi dan pacuan empat roda Toyota Prado di Kilometer 45, Jalan Semporna-Tawau, kira-kira 600 kilometer dari sini, petang semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian selepas hujan kira-kira jam 1.50 petang itu dikenal pasti sebagai penumpang teksi, Jamajah@Jumayah Hajad, 51, dan dua bersaudara yang menaiki Perodua Viva, Samilah Rangahu, 42, serta Putri Batrisyha Awang Raif, 5.

Difahamkan, penumpang Perodua Viva berkenaan dalam perjalanan ke Hospital Tawau bagi melawat anggota keluarga mereka.

Lima lagi mangsa dilaporkan parah, termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang patah kaki dan dikejarkan ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan manakala dua lagi cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Azmi Khan Abdullah, ketika mengesahkan kejadian berkata, Perodua Viva yang dinaiki enam penumpang itu, dilaporkan dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau manakala teksi terbabit dari arah bertentangan.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan yang berlaku di selekoh itu apabila pemandu Perodua Viva dipercayai terbabas ke lorong kanan lalu merempuh teksi yang dinaiki empat orang.
“Berikutan pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke kanan jalan sebelum Toyota Prado dari arah Semporna merempuh Perodua Viva berkenaan.

“Bagaimanapun, pemandu Toyota Prado itu tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis tidak menolak kemungkinan jalan basah dan licin sebagai punca kemalangan, Mohd Azmi Khan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Keselamatan Jalan Raya.

Katanya, bedah siasat ke atas mayat selesai dilakukan petang semalam dan semua mayat sudah dituntut keluarga masing-masing sebelum urusan pengebumian dijalankan.



Read more...

maka mereka juga begitu








Read more...

Takafulink

Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.







Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan

  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
  • Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
  • Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
  • Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
  • Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
  • Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.

Manfaat Asas
Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Unit Peserta (PUA)2, Akaun Khas Individu (ISA)3 dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)4 sekiranya berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau belum mencapai umur 60 tahun. Unit-unit di dalam PUA dan IUA serta nilai ISA akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya ia disebabkan oleh:
  • percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman
  • penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.

Nota:
  • PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang dibayar.
  • ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
  • IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukkan.


Manfaat Opsional & Tambahan

Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.

Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink adalah:
Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/Manfaat Opsional
  • Crisis Shield
Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
  • Compassionate Benefit
  • Accidental Death and Disablement
  • Accidental Medical Reimbursement
  • Weekly Indemnity
  • Medical Cover
  • Hospital Benefit
  • Disability Provider
  • Crisis Cover Plus
  • Crisis Cover Income
  • Takaful Puteri
  • Takaful Puteri Plus
  • Takaful Saver
  • Contributor
  • Spouse Contributor
  • Parent Contributor
  • Takaful Saver Contributor
  • Takaful Saver Spouse Contributor
  • Takaful Saver Parent Contributor
  • Takaful Health
  • Annual Limit Waiver


Dana-Dana TAKAFULINK
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
  • Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Urus
  • Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
  • Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
  • Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.


Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian Keuntungan Pelaburan
Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30.


Nota Penting:
  • Produk takaful ini terikat dengan prestasi aset-aset asas. Ia bukan satu produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
  • Sijil ini tidak akan memperuntukkan jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, luput atau matangnya sijil ini.
  • Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dana itu dan ia tidak dijamin.
  • Risiko pelaburan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaat yang diterima mungkin kurang daripada sumbangan yang disumbangkan di dana pelaburan.
  • Sekiranya anda ingin meneruskan perlindungan takaful apabila anda berhenti membuat sumbangan kepada pelan ini, adalah penting untuk anda memberi kebenaran untuk memotong Tabarru’, Caj Perkhidmatan dan Caj Pengurusan Risiko bagi Manfaat Pilihan (sekiranya ada) dan Manfaat PerlindunganTambahan (sekiranya ada) daripada akaun anda. Tanpa kebenaran ini, Manfaat Pilihan dan/atau Manfaat Perlindungan Tambahan yang telah anda pilih akan dihentikan walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun anda.



Read more...

Takafulink Cerdik

Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.

Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.


Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak Anda

Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.

Read more...

Takaful Health

>> Sunday, May 23, 2010

Kad perubatan Takaful Health adalah segalanya untuk anda. Takaful Health adalah pelan rider untuk sesuatu produk PruBSN seperti Takafulink atau Takafulink Cerdik. Ianya adalah caruman berterusan yang akan membayarkan semua perbelanjaan perubatan utama anda termasuk kemasukan ke hospital, pembedahan dan juga rawatan pesakit luar. Pelan ini juga akan memberi pulangan Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) sekiranya tiada tuntutan perubatan untuk suatu tahun tersebut.

Takaful Health menawarkan perlindungan perubatan kepada anda serendah RM500,00 hingga RM1.5 Juta bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda. Takaful Health juga memberikan anda pilihan tiada had tahunan penggunaan sehingga mencecah nilai maksima anda.



Read more...

Takaful Rumahku

Pelan perlindungan rumah dan harta benda.

Runah anda adalah syurga anda dan sangat bermakna kepada anda dan keluarga anda. Bersama Takaful Rumahku anda mampu melindungi rumah dan harta benda anda dari sebarang ancaman kemalangan dan malapetaka yang tidak dapat dijangka.

Bagaimana Takaful Rumahku membantu anda?

Pelan ini adalah diperbaharui setiap tahun dan memberi perlindungan terhadap rumah dan harta benda anda. Terdapat 2 kategori perlindungan:

1) Rumah kediaman
Takaful Rumahku akan membayar anda kehilangan atau kerosakan yang menimpa bangunan kediaman anda termasuk kelengkapan fittings, dekorasi dalaman, dinding, pagar dan tembok kediaman anda.

2) Isi rumah dan harta benda
Takaful Rumahku akan memberi perlindungan dengan membayar ganti rugi terhadap kehilangan atau kerosakan terhadap barangan peribadi milik anda dan ahli keluarga yang tinggal bersama anda akibat dari sesuatu kemalangan atau bencana.

Read more...

PruBSN Pelindung

Telah menjadi lumrah kehidupan bahawa perkara yang tidak diduga mungkin berlaku. Ini semua mungkin telah ditakdirkan. Kita kadangkala diuji Yang Maha Esa supaya kita lebih menghargai segala yang dikurniakanNya. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Keupayaan fizikal mahupun sumber pendapatan boleh hilang dalam sekelip mata apabila ditimpa kemalangan. Oleh itu, minda yang tenang dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang adalah amat penting untuk menikmati kehidupan yang tenteram.

PruBSN Pelindung memastikan anda tabah menghadapi cabaran
kehidupan, tanpa menjejaskan ketenteraman minda anda.

1. Ciri-Ciri PruBSN Pelindung

PruBSN Pelindung ialah sebuah Pelan Kemalangan Peribadi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah yang memperkenalkan mod caruman secara bulanan.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP