Presiden Meru Bikers maut
>> Sunday, May 23, 2010
Presiden Meru Bikers maut
17/05/2010 Berita HarianIPOH: Seorang kontraktor Kelas F yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terjatuh ketika membelok di selekoh di Jalan Keramat Pulai menuju ke Cameron Highlands, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, Mohd Helmy Jaafar, 39, dari Meru, Klang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala selepas melambung tinggi dan terperosok ke dalam longkang di tepi jalan.
Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama 13 lagi rakan lain masing-masing menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Hentian Sungai Buloh ke Cameron Highlands.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, seorang rakan mangsa, Saharudin Sulaiman, 29, berkata sebelum kejadian, dia bersama Mohd Helmy yang juga Presiden Kelab Meru Bikers sempat menjamah sarapan di Hentian Sungai Buloh sebelum berkonvoi bersama rakan lain.
"Arwah sempat mengadu dia pening kepala dan panas badan sehingga berasa berbelah bagi untuk menyertai konvoi. Saya cuba menasihatkan dirinya supaya berpatah balik, tetapi dia berdegil dan tetap ingin menyertai konvoi itu.
"Ketika kemalangan berlaku, saya berada di belakang arwah dan sempat melihat dia melambung tinggi selepas gagal mengawal motosikal yang ditungganginya ketika melalui selekoh. Saya terus berhenti di tepi jalan dan mendapatkan dirinya yang terperosok ke dalam longkang, tetapi dia sudah tidak bernyawa," katanya.

0 comments:
Post a Comment